Tuesday, June 28, 2011

Boleh tak?

Boleh tak jangan blur?
Boleh tak jangan kelam kabut?
Boleh tak jangan buat muka?
Boleh tak jangan menggatal?
Boleh tak jangan tergedik-gedik?
Boleh tak jangan mengada?
Boleh tak jangan selfish?
Boleh tak jangan buat-buat faham sedangkan kau tak paham ape yang orang cakap?
Boleh tak jangan banyak tanya?
Boleh tak jangan bagi alasan yang tak logik?
Boleh tak jangan pilih kasih?
Boleh tak jangan sakitkan hati orang?
Boleh tak fikir dulu sebelum bercakap?
Boleh tak ade pendirian sendiri?
Boleh tak jujur dengan orang?
Boleh tak kawal diri?


BOLEH TAK???


 Entry yang agak emosi aku rasa. Hehe. Mood: GERAMJI! 

Thursday, June 23, 2011

Bila Fara Merepek!

Assalamualaikum...

Kali nie share pasal kata-kata keramat bagi aku as a student. Hehehe.. Bacalah. Jangan segan-segan. Aku bukan skodeng korang pun. Hehehe...

Benda yang buat aku happy.. :)

1. Pass! *Nie masa result exam dah keluar. Sape tak happy kalau semua subjek pass kan? :)
2. Kelas CANCEL! *Hahaha... Heaven kan kalau kelas CANCEL? Hahaha.
3. Kelas habis awal hari nie. Yeahh!!
4. Jumaat takde kelas. So boleh balik pagi-pagi jumaat tu. Ngeee...
5. Takde homework. Biasalah budak pemalas macam aku nie mana suka buat homework. Hahaha.

Benda yang buat aku :(

1. Failed! *Setakat nie Alhamdulillah takde lagi. Harap-harap tak payah ade. Hehe. Takut okay!
2. Replacement Class! Huaaa, masa kelas cancel happy tak ingat dunia. Bila nak buat replacement class liat nak pegi. Hahaha.
3. Assignment! Nie yang aku lemah nie bila lecturer dah bagi kertas assignment. Bermula lah kesibukan aku selepas itu. Hehe..
4. Weekend tak boleh balik. Nie gara-gara program yang wajib pergi. Kalau tak kene tatatertib. So tak payah nak ambik risiko tak attend program wajib. Kang tak pasal-pasal..


P/s: Bosan tak tau nak buat ape. Maka terjadi lah entry nie. Hehehe.. Peace!

Wanita :)

Lembut wanita kerana senyumannya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah...:)


wanita CANTIK:
=melukis kekuatan melalui masalahnya
=tersenyum di saat tertekan
=tertawa di saat hati sedang menangis
=tabah di saat terhina
=mempersona kerana memaafkan
=mengasihi tanpa meminta belas
=bertambah kuat dalam doa&pengharapan illahi..

Sunday, June 19, 2011

My Friends

Assalamualaikum..

Aku rasa kan nak buat entry pasal kawan-kawan baik aku la. Saja nak masukkan mereka dalam blog aku nie. Mesti kembang kempis hidung diorang kan? Lagi-lagi si.... Hahaha. Semua sama je perangai. Bangga diri. Muahaha! Sorry ehh korang. Forgive me please.... Caitt, menggedik pulak aku. Geli-geliman den. Hohoho.

Hurmm, nantilah aku updated pasal dorang. Kena amik mood dulu sebelum cerita pasal dorang. Kena buat research banyak-banyak baru tak salah info. Kang tak pasal salah bagi maklumat pasal dorang. Ehh, dah macam kena soal siasat polis daa... Hehe..

P/s: Dah lama terfikir nak buat entry pasal dorang. Tapi asyik tak sempat je. Sweetkan aku buat entry pasal bestfriend? Hahaha. Okay la nak tido sudah. Esok ade kelas. Nanti lambat bangun pulak. Goodnight! Sebelum tido maafkan semua orang. Salam :)

Happy Father's Day, Ayah!

Assalamualaikum...

To Ayah, Abah, Papa, Daddy, Baba, Abi, or Walid Happy Father's Day!! Al-Fatihah to whose who have lost theirs.

Hargailah semasa mereka masih ada :)

Ayah,

Bila takde duit ingat Ayah.
Bila result exam nak keluar ingat Ayah. *Takut kena marah kalau result teruk. Hehe
Bila nak breakfast mesti cari Ayah. *Beli breakfast ape hari nie? Hehe
Bila nak baca paper pun cari Ayah. *Ayah dah beli paper ke belum?
Bila nak pegi holiday tanya Ayah.
And macam-macam lagi. Huhu...





Happy Father's Day, Ayah!!
We Love you :)

P/s: Father's Day tak balik rumah pun. Tak dapat nak celebrate sama-sama. T____T
Selalu ingat Ayah cakap nie, Sembahyang tu jangan tinggal. Macam mana nak hidup diberkati kalau tinggalkan sembahyang? Sembahyang juga adalah salah satu jalan menuju kejayaan dengan kita berdoa kepada-Nya.
Everyday is Father's Day. Peace! ^.^

Saturday, June 18, 2011

Muka baru :)

Assalamualikum..

Ingat lagi tak older post aku yang sebelum nie? Aku ade cakap yang aku jemu ngan background blog aku yang sebelum nie kan. Haa, tak tahu la tu! Dah tak tahu pegi la baca post aku tu!! Haaa, kan dah kena marah. Hahaha. Gurau je. Peace!

Cantik tak cantik tak cantik tak? Cepat la cakap cantik!! Hehehe.. Nie sebenarnya kawan aku yang buat. Niat sebenar nak belajar dari si dia tetapi..... Heheh. Macam complicated lah pulak. So si dia la yang buatkan semuanya. Dari A sampai la Z. Ngeh ngeh ngeh. Aku tahu arahkan je dia buat yang tu buat yang nie. Bahaha. Kesian dia! Dia dia dia tu sape? Takde nama ke? Haha. Nie haa si dia tu http://diarylily.blogspot.com/ :)

Thanx Lily! 
Sayang ko! 
Haha

Friday, June 17, 2011

Jemu

Assalamualaikum...

Jemu la tengok background blog aku nie kan? Dah la takde lagu. Background pun simple giler. Tak kreatif langsung aku nie. Hehe. Sebenarnya aku tak tau nak buat semua tu. Hahaha. Kan dah kantoi. Buat background pun aku dah tak ingat macam mana. Yela, aku mana aktif sangat ngan blog nie. On off on off je aku nie. Hangat-hangat tahi ayam lah katakan. Hehe. Orang buat blog aku pun nak buat jugak. Ishh ishh ishh. Teruk perangai. Dah buat blog tak pandai jaga. Ehh, dah macam rumah puloks nak kena jaga bagai. Hehe.

Nanti nak suruh someone ajar la buat blog nie kasi cantekkkk sikit! Baru hidup blog aku macam blog orang orang lain. Ngeh ngeh negh! 

Alaaaaaa, bosan la. Tak tahu nak buat ape sekarang nie. Nie lah padahnya weekend kat Jengka. Alangkah nikmatnya kalau balik rumahh. Amboii, ayat... Hahaha. Plus ramai giler students balik minggu nie. Floor aku sunyi sepi dah start tengahari tadi. Tu yang buat aku nak balik tu. Hehe. 

Aku tak balik pun sebab nak kutip kupon. Caitt, kutip? Bajet macam boleh dapat kat tepi jalan je kupon tu. Hehehe. Sekarang kena kumpul kupon awal-awal nanti dah busy dengan assignment, quiz, test, presentation and macam-macam lagi. Haaa, nanti baru nak menyesal tak kumpul awal-awal. 

Nak tau ke kupon tu ape? Kupon tu kalau tempat kitorang kena kumpulkan at least 9 kupon untuk melayakkan diri anda kekal di asrama. Kalau tak, cepat-cepat lah cari rumah untuk disewa. Hehe. Tapi sem nie macam tak dapat je kumpul 9 kupon. Ramai giler students baru kali nie. Kupon pulak terhad je. Dah la aku nie tak rajin nak pegi amik kupon. Nak dapat kupon kena rajin pegi aktiviti yang ada kat kampus nie. Huhuhu..

Okaylah tu je nak cite. Hehe. Bye! Nak angkat kain di jemuran! :p

P/s: Sazura!! Nahh ambik kau! Seperti yang kau mahukan. Aku dah updated blog aku. Silalah baca. Hehehe. Peace!

Thursday, June 16, 2011

Malang Day. Haha

Assalamualaikum...

Hari nie maybe hari malang aku and kawan kawan aku kot. Sadis betol! Kelas aku hari rabu ade satu je, Macroeconomic. So after class kitorang plan nak lunch kat bandar. Tapi before pergi bandar kitorang ade photoshoot untuk gambar kelas. Dah la tu habis kelas awal, photoshoot pulak lambat. Nak sejam kitorang tunggu benda alah tu. Buang masa aku je. Kalau pegi bandar dah lunch dah. Huhu..

Haa, lepas photoshoot tu kitorang pun jalan la kaki pegi kat tempat amik van kuning tu. On the way tu kitorang nampak pulak van putih lalu depan kitorang. Secara automatiknya kitorang jerit la panggil van tu. Hehe. Ape nak jadi jerit jerit tempat awam. Hahaha. Tapi sebenarnya tak boleh amik van putih kat area van kuning. Dah procedure dia macam tu kan. So nak buat camne. Kitorang tak lah heran sangat kalau van putih tu tak stop. Tapi bile van tu dah stop kitorang pun lari lari anak la pegi kat van tu. Bila dah naik abang tu cakap sebenarnya tak boleh naik kat sini. So kena turun. Perghhh, kalau dah tau tak boleh amik students kat situ yang kau pegi amik tu apehal? Bengong! Buat penat je lari kejar kau! Last last bila dah naik boleh pulak suruh turun? Gerammm jeeee! Anyway terima kasih la bagi kitorang duduk sekejap and rase aircond tu! :)))

Dah lepas turun van kitorang naik pulak bus sambil ketawa ketawa sebab kena turun balik dari van tu. Haha. Mahu tak gelak? Nasib baik tak ramai orang kat tempat tu. Kalau tak buat malu kaum je kan. Hehehe. Bila naik bus kitorang nie tak habis habis ketawa. Pastu one of my friends cakap driver tu cakap kitorang nie market. Maybe sebab kitorang bising bising dalam bus kot. Ade ke dia kata kitorang nie market? Hoii, aku tak paham la orang orang kat sini. Period ke ape? Emosi manjang. Arghhh, tension aku!

Last sekali masa nak balik terkeja-kejar kitorang nak dapatkan van putih tu. Last last dia boleh blahh je macam tu? What the ****!!!! Dah la orang yang sama pulak tu. Heyy, ape malang punya nasib daa.. Time dah dapat van, tak muat la pulak sorang. tak cukup seat. So terpaksa la kitorang berhimpit-himpit dalam van tu. Nasib baik tak jauh dari kampus. Huhuhu..

P/s : Benda dah jadi nak buat camne kan. Mungkin takdir kitorang dah tertulis macam tu. Huhu. Harap hari esok lebih baik dari semalam :)

Wednesday, June 8, 2011

Happy Birthday my Bestfriend, Lina Muhammad Sidek!

Assalamualaikum..


Hari nie nak buat entry pasal si kawan baik saya di dunia ini! Okay mesti dia tengah bangga baca entry aku nie. Hahaha. Kepada cik Lina jangan nak kembang sangat lah hidung awak tu baca entry nie okay. Kang terlebih udara pulak dalam badan kau tu. Hahaha. 

Sebenarnya hari nie birthday dia. Sebab tu lah aku buat entry nie khas untuk dia. If not jangan haraplah! Hahaha.   Anyway, Happy Birthday Lina! You getting old mehhh! Yela yela aku tau aku tua sikit dari kau. Sikit je ehh. Tak banyak so jangan nak cakap aku nie tua. *Amaran! Hahaha.  


Jangan risau ada birthday present untuk kau. Tapi nak bagi kat kau tu tak tau lagi bila. Hehehe. Nak jumpa susah. Time hang keje aku cuti. Time aku cuti hang keje. Lol, kau merepek ape Fara. Kan same je maksudnye tu? Hahaha.

Lina nah kek untuk kau. Penat tau aku cari kat google! Hahaha

Nah iPhone untuk ko. Mahal nie. Jangan main-main!


Just ignore Dan and 18th change to 19th. Haha

Haaa, yang nie khas untuk Lina dan Faiz. Sweet kan aku bagi untuk korang? Hahaha

Jom layan kek yang cantik-cantik nie! :)









Cantikkan kek-kek nie? Rasa macam taknak makan je kalau dah cantik cam gini. Hihihi. Kreatif betul depa yang buat kek nie. :)