Thursday, October 6, 2011

Twitter Fever!

Assalamualaikum...

Jom FOLLOW saya!



Terima Kasih!!!

Monday, October 3, 2011

30 Perkara yang Wanita Tidak Sempat Bagitahu Lelaki


Assalamualaikum..

Rasanya mungkin ada yang dah penah baca, mungkin ada yang belum. So saje nak share ngan korang tentang "30 perkara yang wanita tidak sempat bagitahu lelaki"

*habiskan pembacaan sehingga ke titik akhir. Terima kasih :)

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Kata hati




Bila hati dah suka, dah tak boleh nak buat apa..
Kalau boleh aku nak elakkan bercintan-cintun masa belajar nie..
Kenapa? Entahlah, aku takut kalau bercinta nie boleh rosakkan study aku..
So benda yang boleh dielakkan harus dielakkan sebelum menyesal..
Ingat ye tu Fara. Nie pesanan untuk diri sendiri..
Siapa-siapa yang terasa tu meh join aku. hehehe..

Lumrah seorang wanita akan suka seorang lelaki..
Tak terkecuali aku..
So tidak manis kalau aku cakap siapa orang tu..
Sebab aku tak tahu suka betul-betul ke tipu-tipu...
Hahahah. Ehhh, boleh ke camtu?? Arghh, lantaklahhh...
Dengan ini aku nak pesan kat diri aku supaya....

LUPAKAN SI DIA!!!

Okay dah cukup. Selamat keluar dari hati saya nie awak!! Hahaha. Kejam gilerrsss ayat aku.. Tunggu aku dapat segulung ijazah dulu baru nak fikir hal-hal hati nie. Hihihi...

p/s: kalau tak nak couple ngan kawan baik sendiri. Ia akan merosakkan suatu ikat persahabatan. Itu bagi aku lahh. Anda pula bagaimana? :)

Cuti yang tak macam cuti

Assalamualaikum...

Siapa-siapa yang students UiTM memang sedia maklum cuti sem kita sudah dipendekkan dari 3 bulan ke sebulan. Nie memang tak best okay cuti tersangat lahh sekejap! Otak pun tak habis rehat lagi, dah kena masuk sem baru. Erghhhh!!! Aku sempat rasa sekali je cuti 3 bulan tu. Memang nikmat habis doh! (Macam rempit jek ayat aku nie) hehehe.. Start part 2 cuti sudah bertukar seperti yang aku cakap tadi.

Seperti biasa students yang ambil kos Business Studies akan menjadi students yang paling lambat sekali habis final exam. Masa tu korang boleh nampak muka-muka stress budak bisnes tengok course lain tarik beg, bawak baldi, buku dan sewaktu dengannya masuk kereta dan BALIK RUMAH! Aku tak paham kenapa UiTM seksa budak bisnes masa akhir sem. Dahlah every sem pulak tu balik lambat. Cuba bagi kitorang rasa at least sekali balik awal. Mungkin kitorang lebih berjaya? Haa, itu semua alasan! Hahaha..

Okay untuk sem nie iaitu part 3, kali nie betul-betul kitorang penutup tirai final exam. Memang diorang suruh kitorang labuhkan tirai exam tu -.- . Nasib baik gap second last paper ngan last paper tu 12 hari. So dapat lah kitorang cuti dulu sebelum last paper tu. Tapi lagi nikmat kalau habis cepatkan? Tak payah nak pegang-pegang buku lagi kat rumah. Bagi gap lama pun aku baru sentuh sikit je subject Business Communication. Hehehe.Kalau suject tu awal mesti aku dah khatam baca.

Sooo, siapa yang dah habis final exam tu selamat bercuti sem!! *JELES*
Btw, doakan aku lulus dengan cemerlang final exam kali nie. Jauhkan aku dari kegagalan ya Allah. Susah senang tu adatlah bagi kita yang tengah belajar nie kan? Ada yang boleh jawab, ada yang tak boleh. Tu semua lumrah seorang pelajar :)

Thursday, September 29, 2011

Syawal 2011

Assalamualaikum... Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA!!! Hahaha. Dah 30 Syawal baru nak wish raya. Hehee.. Biarlahh ade aku kesah? Buuweekkkk!! :p

Okay seperti biasa setiap tahun memang raya kat Perak. Mana ade kampung lain dah. Dua sua kat Perak. Even dua dua arwah opah dah takde tapi kitorang still balik kampung. Kalau tak macam mana nak berkumpul ramai-ramai ye tak?

Main bunga api adalah perkara wajib yang kami buat. Kalau tak confirm tak feel nak raya, betul tak?? Hehehe... Lemang, rendang, daging hitam ( errr, taktau nama dia. tau makan je. hahaha ) and kuih muih adalah hidangan wajib. W. A. J. I. B!!  Hurmm, tu jelahh malas nak type panjang panjang. So korangg punye raya camne? Mesti fun kan??

Naaaahhhhh!! Tengok gambar raya niee.... Zaaaaasssss!!!


My Family :)






ME!
Farhan

Ilya

Cuba teka nie sape? hehehe

Assalamualaikum.. Dah lama tak update blog nieee.. Nak share baaanyaaakkk benda kat sini. Tapi nanti laa okay? Satu-satu dulu.. Haaaa, sekarang cuba teka baby girl nie sape? Sape betul dia pandai!! Hahaha!!


comelkaannn? hihihi...

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bertemu lagi kita wahai Ramadhan. Semoga kita diberkati di bulan yang mulia ini. Sama-samalah kita merebut pahala sebanyak yang mungkin di bulan ini. InsyaAllah.. Selamat menjalankan ibadah puasa kawan-kawan!! Puasa jangan tak puasa ye. Terawih jangan lupa apatah lagi yang wajib :)

Sport Event Management

Assalamualaikum...

Disebabkan tuntukan assignment maka terjadi lah Sport Event Management yang dihandle oleh group aku. Kitorang buat game ala-ala paintball tapi kitorang guna belon. So nama game tu Paintballoon. Hehe. Dalam belon tu kitorang isi watercolour. Meriah sikit kan kalau kena badan. Baru riang ria baju diorang.. Hihihi.. Jahat jugak group kitorang nie. Tapi tak pekat pun air tu. Nanti tak tanggal pulak kat baju diorang. Sape nak jawab?? Kitorang jugak.

Event kali nie memang agak penat la sebab malam tu kitorang ade Arabic Night. Sport Event start pukul 5 sampai 7. Arabic Night pulak pukul 8.30 malam. Dah la buat persembahan number 2. Practise dah la tak banyak. Harapan masa tu memang dapat saguhati je. Tapi tak sangka lak dapat number 3! Hahaha. Gelak tak ingat time tu. Sape percaya boleh menang even number 3. Tu la namanya rezeki. Alhamdulillah...

Okay back to the story, event kitorang Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Peserta pun happy and sporting dengan game kitorang tu. By the way, thanks for coming guys!! Thank you so much!! Yang tak datang pun thanks la jugak. *tangandidadamatakeatas* hahaha.

Mai tengok gambar kitorang masa event tu. Mari kita enjoy!! Wehuuu!!
Registration..
Music is wajib! hehe

Isi air+watercolour dalam belon

Love this pic! :D
Thank you Karangkraf for sponsoring our event!


Our emcee, Alyn



Haa, bersemangat dorang main..

Me and AA

Thanx korang sebab datang!

The winner

Cenderahati tok Madam :)




Just ignore me. Hahaha

Berakhirlah sesi meng'upload' gambar. Hehe.. Sila like jika suka. Cehhh! hahaha.

P/s: Having so much fun!

Saturday, July 30, 2011

FaraLinaSazura

Assalamualaikum..

Lama dah rasanya tak update blog. Busy sangat so tak boleh la update. Okay kali nie tak nak banyak cakap just banyak gambar je. Gambarkan menceritakan ape yang berlaku. Betul tak? :p

Masa cuti mid term break hari tu aku keluar dgn Lina and Sazura. Kawan masa kem PLKN. Dah lama tak jumpa sebab masing-masing busy. So sebelum dorang masuk study balik kitorang keluar la jugak. Nasib ade mase free kan. Hehe. Okay sekarang tengok jela gambar. Letseeegoooo!

Sazura and Me :)
3 dara pingitan.
Haa, si merah taken already. Haha
Sibuk dengan jam baru. Hehe. 
Kitorang tukar-tukar hadiah masa nie.
Sweetkan? ;p
Jam kuning nie Sazura punye. Sebuk sangat nak jam kuning. At last dapat jugak. Hahaha.
Nie Lina punye. Dia pun nak jugak jam bile Sazura beli jam. Hehe.
Aku tak beli pun sebab dah ade jam. Hihi..
Ade 1 lagi present tapi takde gambar pulak. Masing-masing ade beli kemeja masa tu. Hehe.

Haagen Daazzz. Betul ke spelling nie? Hantam jela. Tak ingat. Hehe
Rezeki kitorang terjumpa Chiuyi :)
Excited tak ingat dunia! haha.
Miss you Chiuyi :)

Habes sudahhh! Tu je gambar yang ade. Huhu. Simple pulak entry aku kali nie. Okaylah jumpe next entry. Assalamualaikum....

Friday, July 8, 2011

Kawan!

Assalamualaikum...


Ingat tak entry sebelum nie aku cakap nak cerita pasal kawan-kawan aku? Seperti yang aku janjikan aku kenalah kotakan. Huhu.. Berkurun jugak la masa yang aku ambik. Hehe..


Lina Muhammad Sidek.
Bestfriend aku  sejak PLKN sampai sekarang.
Even kitorang kenal tak sampai 3 bulan kat sana, tapi rasa macam dah 3 tahun. Hehe..
Betul tak tipu. Ini serius! Hehe. Dah macam cartoon Wonderpets. Haha.
Dia nie kalau bercakap tak penah nak kalah. Nak bom je kejenye!
Kalau nak buat kawan gaduh panggil je si Lina nie. Mesti on je! Haha.
Lagi-lagi ngan aku asyik gaduh je 24 jam. Tak pernah nak berlembut-lembut. Aku je asyik berlembut ngan dia. Muahaha.
Kalau ngan laki pun tak reti cover dia nie. Main belasah je dia nie. Tak makan saman punya orang. Hahaha.
Maybe sebab dia nie jenis tak makan saman, semua orang boleh fit in ngan dia.
Dah la gila pulak tu. Ehh, bukan gila tapi gila-gila. Sejak bila aku kawan ngan orang gila? Hahaha.
She's such a good listener. Lagi-lagi bab boyfriend! Hahaha.
Lina aku jujur orangnya. Sorry! Haha.
Hurm, lagi ape erk? Haa, dia bakal menjadi seorang student USM.
TAHNIAH!!
Amik ko besar punya aku wish! Haha. Semoga berjaya dalam study and hidup erk..
Jangan lupa aku. Dah la nak cerita pasal orang lain pulak. Asyik ko dari tadi. Haha.







Atas: Farahin
Bawah: Lily
Haa, nie kawan aku kat UiTM. Setakat nie la paling ramai ngan aku. Tapi ade lagi 3 orang lagi. Rapat jugak tapi yang nie lagi rapat kot. Hehehe...
Budak dua orang nie kawan gossip je lebih. Haha.
Kawan ketawa, kawan nangis pun bolehh deme nie. Hihihi..
Kawan macam nie la kita nakkan? Tak lah masa suka je datang. Masa nangis hilang. Kawan ke tu? Yea dokk? Huhu..
Si Lily nie kelam-kabut orangnya and kadang-kadang menjerit tetiba. Cerita mesti ade selit pasal boyfriend dia. Tak paham aku. Hahaha. Farahin understanding. Sape-sape nak luahkan perasaan pegi kat dia. Mesti dia mendengar dengan setia! Haha. *Macam aku je. Hehehe.
 Dah-dah korang tak payah sampai koyak seluar tu aku puji-puji nie.
Menyampah! Hahaha.
Okay dahhh habisss....


Sayang korang. Bestfriend Forever and Ever!


Tuesday, June 28, 2011

Boleh tak?

Boleh tak jangan blur?
Boleh tak jangan kelam kabut?
Boleh tak jangan buat muka?
Boleh tak jangan menggatal?
Boleh tak jangan tergedik-gedik?
Boleh tak jangan mengada?
Boleh tak jangan selfish?
Boleh tak jangan buat-buat faham sedangkan kau tak paham ape yang orang cakap?
Boleh tak jangan banyak tanya?
Boleh tak jangan bagi alasan yang tak logik?
Boleh tak jangan pilih kasih?
Boleh tak jangan sakitkan hati orang?
Boleh tak fikir dulu sebelum bercakap?
Boleh tak ade pendirian sendiri?
Boleh tak jujur dengan orang?
Boleh tak kawal diri?


BOLEH TAK???


 Entry yang agak emosi aku rasa. Hehe. Mood: GERAMJI! 

Thursday, June 23, 2011

Bila Fara Merepek!

Assalamualaikum...

Kali nie share pasal kata-kata keramat bagi aku as a student. Hehehe.. Bacalah. Jangan segan-segan. Aku bukan skodeng korang pun. Hehehe...

Benda yang buat aku happy.. :)

1. Pass! *Nie masa result exam dah keluar. Sape tak happy kalau semua subjek pass kan? :)
2. Kelas CANCEL! *Hahaha... Heaven kan kalau kelas CANCEL? Hahaha.
3. Kelas habis awal hari nie. Yeahh!!
4. Jumaat takde kelas. So boleh balik pagi-pagi jumaat tu. Ngeee...
5. Takde homework. Biasalah budak pemalas macam aku nie mana suka buat homework. Hahaha.

Benda yang buat aku :(

1. Failed! *Setakat nie Alhamdulillah takde lagi. Harap-harap tak payah ade. Hehe. Takut okay!
2. Replacement Class! Huaaa, masa kelas cancel happy tak ingat dunia. Bila nak buat replacement class liat nak pegi. Hahaha.
3. Assignment! Nie yang aku lemah nie bila lecturer dah bagi kertas assignment. Bermula lah kesibukan aku selepas itu. Hehe..
4. Weekend tak boleh balik. Nie gara-gara program yang wajib pergi. Kalau tak kene tatatertib. So tak payah nak ambik risiko tak attend program wajib. Kang tak pasal-pasal..


P/s: Bosan tak tau nak buat ape. Maka terjadi lah entry nie. Hehehe.. Peace!

Wanita :)

Lembut wanita kerana senyumannya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah...:)


wanita CANTIK:
=melukis kekuatan melalui masalahnya
=tersenyum di saat tertekan
=tertawa di saat hati sedang menangis
=tabah di saat terhina
=mempersona kerana memaafkan
=mengasihi tanpa meminta belas
=bertambah kuat dalam doa&pengharapan illahi..

Sunday, June 19, 2011

My Friends

Assalamualaikum..

Aku rasa kan nak buat entry pasal kawan-kawan baik aku la. Saja nak masukkan mereka dalam blog aku nie. Mesti kembang kempis hidung diorang kan? Lagi-lagi si.... Hahaha. Semua sama je perangai. Bangga diri. Muahaha! Sorry ehh korang. Forgive me please.... Caitt, menggedik pulak aku. Geli-geliman den. Hohoho.

Hurmm, nantilah aku updated pasal dorang. Kena amik mood dulu sebelum cerita pasal dorang. Kena buat research banyak-banyak baru tak salah info. Kang tak pasal salah bagi maklumat pasal dorang. Ehh, dah macam kena soal siasat polis daa... Hehe..

P/s: Dah lama terfikir nak buat entry pasal dorang. Tapi asyik tak sempat je. Sweetkan aku buat entry pasal bestfriend? Hahaha. Okay la nak tido sudah. Esok ade kelas. Nanti lambat bangun pulak. Goodnight! Sebelum tido maafkan semua orang. Salam :)

Happy Father's Day, Ayah!

Assalamualaikum...

To Ayah, Abah, Papa, Daddy, Baba, Abi, or Walid Happy Father's Day!! Al-Fatihah to whose who have lost theirs.

Hargailah semasa mereka masih ada :)

Ayah,

Bila takde duit ingat Ayah.
Bila result exam nak keluar ingat Ayah. *Takut kena marah kalau result teruk. Hehe
Bila nak breakfast mesti cari Ayah. *Beli breakfast ape hari nie? Hehe
Bila nak baca paper pun cari Ayah. *Ayah dah beli paper ke belum?
Bila nak pegi holiday tanya Ayah.
And macam-macam lagi. Huhu...





Happy Father's Day, Ayah!!
We Love you :)

P/s: Father's Day tak balik rumah pun. Tak dapat nak celebrate sama-sama. T____T
Selalu ingat Ayah cakap nie, Sembahyang tu jangan tinggal. Macam mana nak hidup diberkati kalau tinggalkan sembahyang? Sembahyang juga adalah salah satu jalan menuju kejayaan dengan kita berdoa kepada-Nya.
Everyday is Father's Day. Peace! ^.^

Saturday, June 18, 2011

Muka baru :)

Assalamualikum..

Ingat lagi tak older post aku yang sebelum nie? Aku ade cakap yang aku jemu ngan background blog aku yang sebelum nie kan. Haa, tak tahu la tu! Dah tak tahu pegi la baca post aku tu!! Haaa, kan dah kena marah. Hahaha. Gurau je. Peace!

Cantik tak cantik tak cantik tak? Cepat la cakap cantik!! Hehehe.. Nie sebenarnya kawan aku yang buat. Niat sebenar nak belajar dari si dia tetapi..... Heheh. Macam complicated lah pulak. So si dia la yang buatkan semuanya. Dari A sampai la Z. Ngeh ngeh ngeh. Aku tahu arahkan je dia buat yang tu buat yang nie. Bahaha. Kesian dia! Dia dia dia tu sape? Takde nama ke? Haha. Nie haa si dia tu http://diarylily.blogspot.com/ :)

Thanx Lily! 
Sayang ko! 
Haha

Friday, June 17, 2011

Jemu

Assalamualaikum...

Jemu la tengok background blog aku nie kan? Dah la takde lagu. Background pun simple giler. Tak kreatif langsung aku nie. Hehe. Sebenarnya aku tak tau nak buat semua tu. Hahaha. Kan dah kantoi. Buat background pun aku dah tak ingat macam mana. Yela, aku mana aktif sangat ngan blog nie. On off on off je aku nie. Hangat-hangat tahi ayam lah katakan. Hehe. Orang buat blog aku pun nak buat jugak. Ishh ishh ishh. Teruk perangai. Dah buat blog tak pandai jaga. Ehh, dah macam rumah puloks nak kena jaga bagai. Hehe.

Nanti nak suruh someone ajar la buat blog nie kasi cantekkkk sikit! Baru hidup blog aku macam blog orang orang lain. Ngeh ngeh negh! 

Alaaaaaa, bosan la. Tak tahu nak buat ape sekarang nie. Nie lah padahnya weekend kat Jengka. Alangkah nikmatnya kalau balik rumahh. Amboii, ayat... Hahaha. Plus ramai giler students balik minggu nie. Floor aku sunyi sepi dah start tengahari tadi. Tu yang buat aku nak balik tu. Hehe. 

Aku tak balik pun sebab nak kutip kupon. Caitt, kutip? Bajet macam boleh dapat kat tepi jalan je kupon tu. Hehehe. Sekarang kena kumpul kupon awal-awal nanti dah busy dengan assignment, quiz, test, presentation and macam-macam lagi. Haaa, nanti baru nak menyesal tak kumpul awal-awal. 

Nak tau ke kupon tu ape? Kupon tu kalau tempat kitorang kena kumpulkan at least 9 kupon untuk melayakkan diri anda kekal di asrama. Kalau tak, cepat-cepat lah cari rumah untuk disewa. Hehe. Tapi sem nie macam tak dapat je kumpul 9 kupon. Ramai giler students baru kali nie. Kupon pulak terhad je. Dah la aku nie tak rajin nak pegi amik kupon. Nak dapat kupon kena rajin pegi aktiviti yang ada kat kampus nie. Huhuhu..

Okaylah tu je nak cite. Hehe. Bye! Nak angkat kain di jemuran! :p

P/s: Sazura!! Nahh ambik kau! Seperti yang kau mahukan. Aku dah updated blog aku. Silalah baca. Hehehe. Peace!

Thursday, June 16, 2011

Malang Day. Haha

Assalamualaikum...

Hari nie maybe hari malang aku and kawan kawan aku kot. Sadis betol! Kelas aku hari rabu ade satu je, Macroeconomic. So after class kitorang plan nak lunch kat bandar. Tapi before pergi bandar kitorang ade photoshoot untuk gambar kelas. Dah la tu habis kelas awal, photoshoot pulak lambat. Nak sejam kitorang tunggu benda alah tu. Buang masa aku je. Kalau pegi bandar dah lunch dah. Huhu..

Haa, lepas photoshoot tu kitorang pun jalan la kaki pegi kat tempat amik van kuning tu. On the way tu kitorang nampak pulak van putih lalu depan kitorang. Secara automatiknya kitorang jerit la panggil van tu. Hehe. Ape nak jadi jerit jerit tempat awam. Hahaha. Tapi sebenarnya tak boleh amik van putih kat area van kuning. Dah procedure dia macam tu kan. So nak buat camne. Kitorang tak lah heran sangat kalau van putih tu tak stop. Tapi bile van tu dah stop kitorang pun lari lari anak la pegi kat van tu. Bila dah naik abang tu cakap sebenarnya tak boleh naik kat sini. So kena turun. Perghhh, kalau dah tau tak boleh amik students kat situ yang kau pegi amik tu apehal? Bengong! Buat penat je lari kejar kau! Last last bila dah naik boleh pulak suruh turun? Gerammm jeeee! Anyway terima kasih la bagi kitorang duduk sekejap and rase aircond tu! :)))

Dah lepas turun van kitorang naik pulak bus sambil ketawa ketawa sebab kena turun balik dari van tu. Haha. Mahu tak gelak? Nasib baik tak ramai orang kat tempat tu. Kalau tak buat malu kaum je kan. Hehehe. Bila naik bus kitorang nie tak habis habis ketawa. Pastu one of my friends cakap driver tu cakap kitorang nie market. Maybe sebab kitorang bising bising dalam bus kot. Ade ke dia kata kitorang nie market? Hoii, aku tak paham la orang orang kat sini. Period ke ape? Emosi manjang. Arghhh, tension aku!

Last sekali masa nak balik terkeja-kejar kitorang nak dapatkan van putih tu. Last last dia boleh blahh je macam tu? What the ****!!!! Dah la orang yang sama pulak tu. Heyy, ape malang punya nasib daa.. Time dah dapat van, tak muat la pulak sorang. tak cukup seat. So terpaksa la kitorang berhimpit-himpit dalam van tu. Nasib baik tak jauh dari kampus. Huhuhu..

P/s : Benda dah jadi nak buat camne kan. Mungkin takdir kitorang dah tertulis macam tu. Huhu. Harap hari esok lebih baik dari semalam :)

Wednesday, June 8, 2011

Happy Birthday my Bestfriend, Lina Muhammad Sidek!

Assalamualaikum..


Hari nie nak buat entry pasal si kawan baik saya di dunia ini! Okay mesti dia tengah bangga baca entry aku nie. Hahaha. Kepada cik Lina jangan nak kembang sangat lah hidung awak tu baca entry nie okay. Kang terlebih udara pulak dalam badan kau tu. Hahaha. 

Sebenarnya hari nie birthday dia. Sebab tu lah aku buat entry nie khas untuk dia. If not jangan haraplah! Hahaha.   Anyway, Happy Birthday Lina! You getting old mehhh! Yela yela aku tau aku tua sikit dari kau. Sikit je ehh. Tak banyak so jangan nak cakap aku nie tua. *Amaran! Hahaha.  


Jangan risau ada birthday present untuk kau. Tapi nak bagi kat kau tu tak tau lagi bila. Hehehe. Nak jumpa susah. Time hang keje aku cuti. Time aku cuti hang keje. Lol, kau merepek ape Fara. Kan same je maksudnye tu? Hahaha.

Lina nah kek untuk kau. Penat tau aku cari kat google! Hahaha

Nah iPhone untuk ko. Mahal nie. Jangan main-main!


Just ignore Dan and 18th change to 19th. Haha

Haaa, yang nie khas untuk Lina dan Faiz. Sweet kan aku bagi untuk korang? Hahaha

Jom layan kek yang cantik-cantik nie! :)









Cantikkan kek-kek nie? Rasa macam taknak makan je kalau dah cantik cam gini. Hihihi. Kreatif betul depa yang buat kek nie. :)