Monday, October 3, 2011

Cuti yang tak macam cuti

Assalamualaikum...

Siapa-siapa yang students UiTM memang sedia maklum cuti sem kita sudah dipendekkan dari 3 bulan ke sebulan. Nie memang tak best okay cuti tersangat lahh sekejap! Otak pun tak habis rehat lagi, dah kena masuk sem baru. Erghhhh!!! Aku sempat rasa sekali je cuti 3 bulan tu. Memang nikmat habis doh! (Macam rempit jek ayat aku nie) hehehe.. Start part 2 cuti sudah bertukar seperti yang aku cakap tadi.

Seperti biasa students yang ambil kos Business Studies akan menjadi students yang paling lambat sekali habis final exam. Masa tu korang boleh nampak muka-muka stress budak bisnes tengok course lain tarik beg, bawak baldi, buku dan sewaktu dengannya masuk kereta dan BALIK RUMAH! Aku tak paham kenapa UiTM seksa budak bisnes masa akhir sem. Dahlah every sem pulak tu balik lambat. Cuba bagi kitorang rasa at least sekali balik awal. Mungkin kitorang lebih berjaya? Haa, itu semua alasan! Hahaha..

Okay untuk sem nie iaitu part 3, kali nie betul-betul kitorang penutup tirai final exam. Memang diorang suruh kitorang labuhkan tirai exam tu -.- . Nasib baik gap second last paper ngan last paper tu 12 hari. So dapat lah kitorang cuti dulu sebelum last paper tu. Tapi lagi nikmat kalau habis cepatkan? Tak payah nak pegang-pegang buku lagi kat rumah. Bagi gap lama pun aku baru sentuh sikit je subject Business Communication. Hehehe.Kalau suject tu awal mesti aku dah khatam baca.

Sooo, siapa yang dah habis final exam tu selamat bercuti sem!! *JELES*
Btw, doakan aku lulus dengan cemerlang final exam kali nie. Jauhkan aku dari kegagalan ya Allah. Susah senang tu adatlah bagi kita yang tengah belajar nie kan? Ada yang boleh jawab, ada yang tak boleh. Tu semua lumrah seorang pelajar :)

No comments:

Post a Comment