Monday, May 30, 2011

Sem 3

Assalamualaikum...

Woot woot sem baru dah start!! Nape takde semangat langsung nak pergi kelas sem nie?? Maybe sebab cuti sem sekejap sangat kot plus jeles tengok kawan-kawan yang dah habis foundation and matrix. Sob sob sob.. Tu lah UiTM bagi cuti sekejap sangat kan dah takde semangat aku nak belajar. Hehehe..

Ohh before that, nasib aku dapat roomates yang okay okay sahaja. Tapi lain lain kelas lah. This sem Unit Pengurusan Kolej letak satu bilik lain lain kelas. Huh, korang sungguh kejam! Nasib baik sama course. Kalau tak!! Kalau tak ape? Hehehe.. Tapi bagi aku okay lah diorang asing asingkan. At least bercampur dengan kelas lain. Takde lah asyik kawan ngan classmates kan?  Lama-lama pun boring. Hehehe.. Haa, roomates aku sorang tu nama dia Tika. Dia dari Bangsar, Kuala Lumpur and sorang lagi, Tira dari Ipoh, Perak. Ehh, baru aku perasan huruf dorang masing-masing huruf " T ". Hehehe..

Hurmm, mula-mula je malu-malu lagi kot. Masing-masing tak melekat kat bilik sendiri. Termasuklah aku asyik merayau pegi bilik orang lain je. Hehehe.. Bukan ape duduk bilik pun bukan ade orang. Baik jalan-jalan buang masa. Hahaha.

Friday, May 27, 2011

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Dah lama tak update. Bukan sebab busy tapi blog aku nie haa tak boleh buka. Bengong betul. Nape entah tetibe buat hal. Buat sakit hati aku je. Nasib dah boleh buka. Haih =.='

Okay berbalik pada perbincangan kita tadi. *Cewahh, dah macam dalam meeting pulak. Hahaha. Haa, sebenarnya 25 May 2011 yang lepas, result final exam bagi students UiTM yang ambil diploma dah pun keluar. Berdebar tak payah nak cakap lah kan. Ambil result SPM pun aku tak camni. Nie semua gara-gara sistem UiTM keluarkan result through email.

Cuba bayangkan buka email je ada tertera email daripada UiTM. Fuhhh, jantung terkeluar sekejap! Hahaha. Dah la nak click email pun takut, bila dah click punya lah lama dia loading. Cisss, kurang ajar betul! Boleh pulak dia main-main ngan aku yang tengah takut tahap dewa nie.

Tunggu punya tunggu aku pun ternampak lah lambang UiTM dekat result. Fuhh, tutup mata beb sambil click ke bawah! Dah laju je aku tekan bawah. Hahaha. Berserah je masa tu. Nak buat camne masa sebelum exam taknak study betul-betul. Main-main lagi. Haa, bila nak tengok result nak terkencing-kencing. Hahaha.

Paling aku takut sekali subject Microeconomic lah. Killer subject tu! Kalau aku failed mahu kena repeat benda yang dah totally susah. Huaaa, tak sanggup den! Syukur alhamdulillah semua lulus dengan pointer 3.++. Hahaha. Mana boleh bagitau. Hehe. Cuma rasa sedih tak dapat dekan je. Huhu. Takpelah cuba next sem. InsyaAllah.

Tau tak subject yang aku takut sangat tu aku dapat ape? Haha. Yang nie aku memang tak percaya langsung! Aku ingat maybe dapat C takpun dapat B je. Yela mana tak nya aku punya carry mark 21/40 je. Tahap bahaya tu! Nak pulun masa final memang tak yakin lah masa tu. Bukan senang Microeconomic tu beb! Semua orang stress gara-gara subject nie. Alhamdulillah aku dapat A- subject nie. Eventhough A- tapi A jugakkan? Hahaha. Tiba-tiba aku suka subject nie. Tu pun bila result dah keluar lah. Kalau tak before nie sumpah seranah aku dekat subject nie. Punya lah tak suka. Hahaha.

Haa, ada satu aku tak puas hati dengan result aku nie. Aku ambil co-curriculum badminton untuk sem dua. Aku bajet senang lah nak dapat A. Last-last boleh pulak lecturer tu bagi B+ je? Nak kata selalu ponteng or tak ambil test takde lah pulak. Mana penah aku ponteng. Sekali penah lah kot? Hehe. Penat je aku lari bape kali round stadium tu. Kalau tahu tak datang pun takpe! Woii, Fara ko tak reti nak bersyukur ke? At least ko tak failed. Kalau lecturer tu bagi kau failed macam mana?! Bukan tak bersyukur cuma meluahkan hati yang tak puas nie. Jangan marah haa.. Hehehe.

p/s: Even tak dapat dekan pun ayah belanja makan and bagi duit. Cuba kalau dapat dekan? Mesti dapat Blackberry! Sekarang ko pakai je Blueberry Fara!! Hahaha.

Friday, May 20, 2011

Broadband :)

Assalamualaikum..



Mulai detik ini, masa ini, waktu ini, saat ini aku dah ada boyfriend baru iaitu Mr Broadband!! Hahaha.. So nanti tak payah lah nak pinjam-pinjam broadband orang nak buat assignment or online kann. Hehehe.. Tercapai jugak impian nak ber'broadband' nie. Dari sem dua lagi nak beli tapi tak beli-beli jugak. Tak tahu lah kenapa. Huhu.. Mungkin jodoh aku ngan Mr BB *nama manja tok bf. Bukan blackberry ehh. Tak mampu lagi nak beli yg tu. Hahaah. Erkkkk, sambung balik ayat yang tergantung tu. Mungkin jodoh aku dengan Mr BB nie untuk sem tiga kot. Ngeh ngeh ngeh. Bolehlah dia teman aku masa kat Jengka nun. Taklah jealous tengok kawan-kawan online nanti. Hehe. Okaylah tu je aku nak cerita pun. Ade cerita nanti aku post next entry okay. Bye bye :)

p/s: Monthly payment aku tak tahu sape bayar. Sebab ayah aku yang beli Mr BB nie. At first memang aku cakap aku nak bayar tapi sekali ayah bagitau ayah amik yg RM58 per month. *Gulpp! Ayah kite share bayarlah ehhh... Ingatkan yang RM48 tu. Hehehe.

Thursday, May 19, 2011

Nur Kasih The Movie

Assalamualaikum..



Nampak tak title tu?? Haa, sekarang nie aku tengok semua orang tengah demam movie. Tengok tv nampak trailer movie nie, dalam paper pon same and dengar radio pon pasal movie nie. Gila ahh dia punye movie belum keluar lagi dah meletup-letup. Belum lagi bila dah ditayangkan kan? Aku pun dah demam movie nie. *urut-urut dahi. Haha.

Ohoiiii, bila aku nak tengok cerita nie woii. Hari nie dah keluar dahh. Kawan-kawan pon dah sibuk serang panggung wayang yang berdekatan dengan mereka sekalian, Hehe. *Elehh, ko Fara bukan dah booked tickets ke on Saturday? Bajet macam tak dapat tengok langsung je. Hehe. Actually, aku dah suruh adik aku booked tickets nie tadi. Tak tahu lah ada ke lagi tickets tu untuk lima orang. Wow! Lima orang bebehh! Hehe. Alaaa, aku tengok dengan family lahh. Mana ada boyfriend nak tengok sesama. Hihihi.. Kalau ada boyfriend tak pasal-pasal aku cakap kat dia camni, " youu, I need your shoulder to cry on.." Awwww, tak pasal-pasal aku buat dosa. Hahaha. Orang cakap cerita nie sedih. Siap suruh bawak tisu banyak-banyak lagi! Takpe-takpe aku bawak towel sekali tau! *Oppss, over pulakkan? Haha.. Tengok dengan family takpe over. Kalau dengan boyfriend kena cover sikit kang tak pasal-pasal dia cakap aku over bawak towel bagai.. Hahaha.. Caiiitttt! Dah jangan nak mengarut!

p/s: Mohh le layan movie nie yop!Gerenti tak rugi wa cakap sama luu! Cehh, macam aku dah tengok je. Hehehe :p

Waktu-waktu dimaqbulkan doa :)


Assalamualaikum warahmatullah. Berikut disenaraikan waktu-waktu mustajab doa, insya Allah.

1. Ketika hujan.
2. Antara azan dan iqamah.
3. Ketika perang berkecamuk.
4. Ketika sujud dalam solat.
5. Sesudah selawat selepas tahiyat akhir sebelum salam.
6. Sepertiga terakhir malam.
7. Sesudah solat fardhu.
8. Ketika berpuasa dan saat berbuka.
9. Lailatulqadar.
10. Ketika bermusafir.
11. Pada hari 'Arafah.
12. Semasa melakukan haji dan umrah.
13. Ketika dan sesudah melakukan amal soleh.
14. Ketika menghadapi dugaan.
15. Ketika ayam berkokok (kerana waktu itu ayam melihat malaikat).
16. Sepanjang hari Jumaat.

Demikianlah 16 waktu yang disarankan berdoa. Walaubagaimanapun, masih ada waktu-waktu yang lain yang tidak tersebutkan disini.

Mohonlah bersungguh-sungguh kepada Allah segala hajat kita, semestinya dalam bahasa yang kita fahami :)

Share post ini jika suka :)

Thursday, May 12, 2011

I'm Happy yaw! :D

Assalamualaikum...

Happy sangat-sangat hari nie sebab dapat chatting dengan Lina, Dean and Ras. Dah lama dah tak borak-borak dengan dorang. Rindu sangat. Sampai tergolek-golek aku ketawa ngan dorang nie. *tak lah sampai tergolek. Tipu je. Hehe. Chatting ngan si Lina mane penah tak gelak tengok gaya dia yang sentiasa bersemangat tu. Hahaha.

Tapi macam biasa if kitorang chatting mana pernah nak serious. Asyik merapu merepek je. Haha. Tapi tu lah yang best. Dapat merapatkan hubungan silaturrahim bak kata orang :D Bila lah nak jumpa dorang lagi? I mean kumpul ramai-ramai. Tapi agak mustahil lah kan. Masing-masing busy dengan study. Ada rezeki kita jumpalah kan.

Haaaa, meh aku tunjuk sikit muke dorang tu :)


Lina :)


Dean :)

Dua dari kiri tu Ras. Aku baru perasan takde gambar berdua dengan Ras. Hehe

p/s: Saje je letak gambar aku sekali. Nak jugak menyebuk. Haha.

Wednesday, May 11, 2011

BORING BOSAN BORING

Assalamualaikum..

Bangun tidur jer online.. Bangun tidur jer online.. Huhuhu.. Nak online pun dah boring. Asyik online jer. Mana taknye kan? Hehe.. Bukak tv pun takde cerita yang menarik. Asyik Indon punye cerita je. Bagilah cerita yang menarik sikit masa aku tengah cuti nie. *Demand pulak. Hehe..

Nak keluar pun dah keluar hari tu dengan budak sekolah. Takkan nak keluar tiap-tiap hari pulak? Banyak duit kau Fara? Hahah.. Tunggu next movie lah baru keluar ngan kawan-kawan. Lina pulak dah ajak keluar tengok Nur Kasih The Movie. Ohhh, tak sabar okay nak tengok movie nie. Drama pun dah meletup-meletup patah lagi moviekan? Huhu.. 

Okaylah, dah takde ape nak cakap lagi. Jumpa next entry pulak yaw! Peace :D
Assalamualaikum...

Tuesday, May 10, 2011

Rindu !!!

Assalamualaikum...

Hari nie tiba-tiba teringat zaman PLKN. Sayu sangat hati nie tiba-tiba. *sebak. Aku rindu sangat-sangat nak pergi kelas CB, kawad, row call, makan sama-sama and macam-macam lagi aktiviti yang kitorang buat together. Dalam PLKN nie lah aku belajar apa itu erti PERSAHABATAN dan KERJASAMA. Susah senang kami lakukan bersama tanpa mengira agama.

Tapi boleh ke masa tu berpatah balik? Ajaiblah kalau bolehkan.. Haihh, nape sekejap sangat masa berlalu? Huhuhu... Aku rindu sangat-sangat kat kawan-kawan especially Lina, Sazura, Chiuyi, Dean, Zul, Imam, and ramai lagi. Aku rindu keletah dorang yang giler-giler, sporting, funny tu.

Kalaulah diberi pilihan antara duduk PLKN dan Universiti, aku lebih rela pilih PLKN. Sebab??? KAWAN! Kawan yang membuatkan hidup aku sempurna and lengkap. Buat aku bersemangat untuk menjalani kehidupan harian. Tapi nape aku tak dapat kawan macam kat PLKN di Universiti? Nape? Nape? Nape? Perlu ke korang pentingkan diri dalam persahabatan? Perlu? Haihhh....

Apelah makna persahabatan kalau nak senang bersama tapi bila susah tak nak bersama sekali? Bila ketawa ramai yang datang, bila bersedih mana korang pergi?? Sedihnya aku dapat kawan camni. This is my first time in my life. First time okay! Huhuhu..

p/s: Aku harap aku boleh bersabar dengan dugaan ini. Jadikanlah aku seorang yang penyabar ya Allah. Kurniakan lah aku sahabat yang susah senang bersama. Amin...

Azam :)

Assalamualaikum...

Andai Al-Quran bisa bicara, ia akan berkata:
"Waktu kau masih anak-anak, 
kau bagaikan teman  sejatiku,
dengan wudhu' kau sentuh aku,
dalam keadaan suci kau pegang aku,
kau baca dengan lirih dan keras,
sekarang kau telah dewasa,
nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku,
apakah aku bacaan usang?
Yang tinggal sejarah?

Sekarang kau simpan aku dengan rapi,
kau biarkan aku sendiri.
Aku menjadi kusam dalam almari.
Berlapis debu,
dimakan kutu,
ku mohon peganglah aku lagi, 
bacalah aku setiap hari.
kerana aku akan menjadi penerang dalam kuburmu!!!

p/s: InsyaAllah tahun nie aku berazam untuk khatam al-Quran sekali lagi.. :)

Monday, May 9, 2011

Maharaja Lawak Jambu :)

Assalamualaikum...

Akhir sekali Jambu!! Pinky! Hahaha..

Maharaja Lawak Sepah :)

Assalamualaikum..

Giliran Sepahh!!


Maharaja Lawak Nabil :)

Assalamualaikum..

Sekarang Nabil pulak.. Hehehe..

Maharaja Lawak Jozan


Assalamualaikum....

Pernah tengok Maharaja Lawak?? Mustahil korang tak penah tengok. Program cukup popular sekarang. Sampai kitorang sanggup beli Astro Warna semata-mata nak tengok Maharaja Lawak setiap minggu hari Jumaat. Hehehe. Aku paling suka Jozan, Sepah, Nabil and Jambu. Dorang punye lawak tak pernah tak menjadi. Ada je lawak terbaru yang dorang buat. Idea pun kreatif-kreatif. Hehe..

Nie antara video yang aku paling suka. Semoga terhiburr!!




Kejap pakai kejap tak... haihh!

Assalamualaikum.

Apa yang aku maksudkan dengan title kat atas tu? Hurmm, maksud aku pasal tudung. Aku tak paham lah sesetengah perempuan nie sometime bertudung sometime tak. Aku nie pun bukannya alim mana sampai nak tegur orang. Tapi aku ada hak nak luahkan rasa tak puas hati aku nie kat blog aku. Lantaklah orang nak kata apa. Daripada aku simpan je baik aku luahkan. Buat apa nak simpan-simpan..

Aku pelik lahh ada manusia yang dilahirkan sebagai wanita di muka bumi Allah nie sometime pakai tudung kat tempat tertentu je. Contoh paling ketara sekali pergi kelas or kerja and pergi DM (dewan makan). Sorry ahh kalau ada yang terasa...

Aurat seseorang tu ada kat certain tempat je ke? Nie yang aku selalu tengok masa kat kompleks (hostel). Pegi DM or koperasi mesti tak pakai. Konon-konon bajet takde lelaki and dalam kompleks je pon. Ape korang ingat kat DM or koperasi tu takde laki yang keje ke? Ingat cantik sangat r****** korang tu sampaikan nak pegi DM pon beriya nak sanggul toncang bagai??

Nie yang aku selalu cakap "mereka-mereka" nie dua alam.. Kat luar pakai tapi kat dalam tak. Pelik-pelik!
Aku nak tegur orang pon aku nie belum cukup bagos sampai nak tegur-tegur orang. Tapi cubalahh fikir sikit. Awak tu dah pakai tudung buat-buat lah cara orang yang bertudung. Bukan pilih tempat untuk bertudung. Yang tak pakai tudung tu satu hal lah. Tak payah lah nak tiru gaya orang.

Ya Allah, lindungilah aku daripada perkara-perkara sebegini. Kuatkanlah iman aku ya Allah. Jauhi aku dan keluargaku daripada maksiat yang ada di dunia ini. Kau tempatkanlah kami dikalangan orang yang beriman kelak ya Allah. Aminnn...

p/s: Aku mintak maaf if ada yang terasa. Aku cuma luahkan apa yang aku rasa and pendapat aku tentang benda nie. If aku pon ada buat salah tegur-tegurlah yea. Sama-sama ingatkan diri kita supaya tak mudah terleka dalam dunia yang sementara nie. Assalamualaikum...

Reunion :)

Assalamualaikum..

Seperti yang aku janji ngan classmates kat sekolah dulu, kitorang putuskan tok berjumpa pada hari isnin bersamaan 11 May 2011 tepat pukul 10 pagi di sekolah..ceitt! skema giler ayat aku nie. hehehe...

Biasalah kan janji pukul 10 tapi sampai pukul 10.30 pagi. Nie lah dikatakan janji Melayu. huhu.. Hurmm, pukul 9.30 tu aku gerak pergi amik Nida kat sekolah lame dia. tunggu punye tunggu si Nida nie tak muncul-muncul. Rupe-rupenya yang nak hantar dia kat sekolah tu tengah bergolek lagi atas katil. Fuhh, sabor jelahh..

Masa sampai sekolah Addy, Munshy, Azfar and Piee dah bertenggek atas motor. Mesti dorang bengang yang lain tak sampai lagi. Hehehe.. Lama jugak lah kitorang tunggu yang lain sampai. Lepas semua dah sampai kitorang gerak pergi office amik sijil SPM. Dah setahun berlalu baru la nak amikkan. Yelahh, baru ingat sekolahkan. Hahaha..

Then, mase on the way nak pegi kereta, aku and Nida terserempak ngan Puan Wu a.k.a Cikgu English form 5. Tak sangka pulak dia still ingat budak nakal macam kitorang nie. Siap ingat tahun lagi masa dia ajar kitorang. Hehehe.. Thank you teacher! Jasamu dikenang sampai bila-bila. Huhu..

Okay kitorang dah janji pas amik sijil kitorang nak lepak sama-sama kat Jusco. Nak makan-makan and borak-borak je pon. Last-last Rashid ajak pergi tangok wayang cite Fast and Furious 5. Aku ape lagi onn ajeerr. Hehehe... Sebelum movie kitorang makan dulu kat McD sementara tunggu movie start. Aku dah rasa macam bangla shopping je ramai-ramai pegi Jusco. Mana taknya sampai 11 orang pegi jalan dalam Jusco tu. Dah la dorang buat Jusco tu macam bapak dorang punya. Masing-masing muka tak tahu malu. Hahah. Ohh, lupe nak bagitau. Actually, masa sekolah dulu kelas aku nie ada dua orang je perempuan. Al-maklumlah amik course Mechanical Engineering masa kat teknik dulu. Hehehe.. Tapi sekarang bila semua dah futher study,  masing-masing lari dari course masa sekolah dulu. Ada berapa orang je still teruskan. Huhuhu..

Apa-apa pun aku rase enjoy sangat keluar ngan diorang semua. Even dah lama tak jumpa tapi rasa macam selalu jumpa je. Hehehe.. Tapi kitorang if jumpa mesti nak gadoh. Gadoh-gadoh manja jerr. *manja ke? Hahaha..

Haa, korang tengoklah gambar-gambar nie. Sila-sila jangan malu-malu. Hehe :p

Tengah discuss pasal movie. Hehehe

Panjang giler tiket. Hahah

Apehal ngan aku tu? Hahah

Love them :)

Nie Munshy. :)
Sekarang dia study same tempat ngan aku. 
Tapi lain course lahh.. 
Dia amik course Office Management.

Azfar.. :)
Amik course Perhotelan kat UiTM Terengganu.

Nie Abg Long a.k.a Nazri.
Even dia paling tua tapi dia yang paling pendek. Haha. Sorry Abg Long ;p
Study kat Kolej Komuniti. Amik Electrical.
Dari Mechanical pergi ke Elektrical?
Huhh, tak paham aku. Haha

Rashid a.k.a Abe.
Mamat paling jambu dalam kelas. Haha 
Course Bisnes kat Politeknik.

Hanis Nadzirul :)
Baru je abis Matrix in Accounting.
Untunglah abis awal. Huhu..

Sebelah Munshy nie Raja.
Dia amik Account if tak silap.
Kat mana tu aku tak ingat. Hahaha

Yang pegang air tu Hapis.
Sekarang kat Politeknik in Mechanical Engineering.
Sorrylah Hapis gambar kau banyak tak clear lah. Hehehe..

Haa, nie lahh cameraman kitorang. Addy!
Sama tempat ngan aku jugak tapi lain course.
Budak Office Management :p

Yang pakai topi nie Shafiee.
Aku rase dia sekarang kat Politeknik.
Aku tak rapat sangat ngan dia sebab dia nie takut ngan perempuan.
Macam lah aku nak makan dia. Haha..

Sebelah aku tu Nida.
Dialah satu-satunya kawan rapat aku kat sekolah dulu.
Sekarang Nida kat Politeknik amik Mechanical Engineering.
Woohhh, cayalah Nida. Semoga berjaya dalam hidup!!

Korang layan dulu gamar-gambar nie ehh... Penatlah kenalkan satu-satu pasal dorang. Hehehe...











p/s : Ada lagi gambar tapi malas nak letak semua.. Hihihi.. Hopefullyn kita jumpa lagi wahai kawan-kawanku :)) Assalamualaikum...

Sunday, May 8, 2011

Flu :(

Assalamualikum..

FLU please go awayy!!!!!!!!!!! huhuhu. pening giler kepala sebab flu nie. Cepatlah baik ehh? Esok nak keluar ngan ex-classmates sekolah dulu. Nanti tak syoklah nak borak-borak dengan suara sengau camni. heheehe.

p/s: bye! esok nak bangun awal sebab nak hantar mak pegi keje then nak keluar dengan kawan-kawan. Assalamualaikum.... :)

Tahniah Farlina! :)

Assalamualaikum...

Hye. Mesti korang nak tau siapakah gerangan Farlina tu kan? Lawyer? Doctor? Majistret? hehehe. Panjang pulak aku merepek. Bagitau je lah Fara oii. Farlina nie cousin aku. Actually, dia penganggur terhormat lepasan SPM. hehehe. Korang tahukan result UPU dah kuar? So Na ( name timangan yang aku panggil. hehehe ) nie dapat tiga offer yaww! Wow! Tumpang gembira kejap. hehehe. First-first dia dapat offer dari Matrix. So dia cakap nak pergi Matrix la. Matrixkan bagos. Tak lame pastu dia dapat lak UiTM and UTP. UiTM tu dia dapat kat Arau, Perlis Diploma in Science. Same ngan course kat Matrix. Kat UTP pulak dia dapat Civil Engineering.

Sekarang dia tengah pening kepala nak pilih yang mana. Hurmm, UTP memang ternag-terang dia tolak sebab mahal sangatkan.. So tinggal dua pilihan je sekarang nie. Yang aku pulak hasut dia amik UiTM tu. hehe. Mana taknye aku nak cousins aku futher their study kat UiTM. Ikut jejak langkah akulah kononnye. hehehe. *poyo kan? haha.

Kalau kitalah kan Na, kita pilih UiTM sebab kamu dapat keluar dari Perak. Bukan maksudkan ape-ape tapi kalau kita tengah belajar nie lebih baik kita belajar berjauhan dengan family. So kita dapat belajar berdikari. *yeke Fara??? hahaha. Betolll laaa ape yang aku cakap tu. Sape setuju angkat tangan! hehehe..

Okaylah Na.. Kita harap kamu fikir betol-betol sebelum buat keputusan. It's about your future darl :)

yang berbaju kuning + kelabu tu lah orangnye.
berminat?
ohh, she's taken already.. hihihi

p/s: jgn pelik nape aku bahasakan diri ngan cousin aku "kamu kite". kitorang semua memang panggil camtu. hehehe.

Selamat Hari Ibu, Mak! :)

Assalmualaikum..

Hari nie hari ibu. So aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu! Happy Mother's Day to Maizatul Akmar. Love you always. Thank you sebab jaga along, paan and ilya dari kecik sampailah dah besar panjang nie haa.. Event kitorang adik-beradik selalu tak dengar cakap mak, degil and macam-macam lagi perangai yang sepatutnya seseorang anak tu tak patut buat kat mak dia tapi mak sabar je kan.. Kesian mak layan kitorang adik-beradik yang kadang-kadang degil tu. *kadang-kadang?bukan selalu ke?hehe.. Along mintak maaf sangat-sangat kat mak sebab selalu sakitkan hati mak. :(


Love you so much Mak!
Takde sape yg dapat gantikan tempat mak di dunia nie.
Thanx being a great mum in the wold!!
Muuuuaaahhhh!! 

Wednesday, May 4, 2011

Hobby :)

Assalamualikum :)

Hari nie aku nak share pasal hobi aku. Actually, aku suke sangat, bangat, amat, teramat  baca novel. hehehe. Tak tahu lah mane minat tok membaca novel tu datang. Mula-mula dulu tengok orang baca novel *ape benda la diorang nie baca buku tebal-tebal? Tak penat ke nak baca? Tido lagi bagus. And last-last aku pulak yang tersangkut dengan benda alah nie. hehehe. Sanggup tu tido sampai dua tiga pagi semata-mata baca buku novel. Kalau lah buku novel nie buku pelajaran mesti aku dapat A++++. hahaha.

Okaylahh saja nak share collections novel aku kat sini. tengok lah :))

 separuh darinye :)
novel nie best-best. suka sangattt!
simapn dalam laci je sebab belakang katil dah penuh. hehe
nie yang latest ;p
tak sabar nak baca noverl terbaru Siti Rosmizah. cite dia semua best-best.

Tuesday, May 3, 2011

CONGRATULATION KAK MARSYITA!

SELAMAT PENGANTIN BARU KAK MARSYITA & ABG OPIE ! :)

after nikah :)
Khatam Al-Quran

cantik Kak Marsyita and my mom :)

The Red Wedding <3

Prince & Princess

 CONGRATULATIONS AGAIN!

Nampak tak aku takde kat dalam gambar nie? huhu. Aku takde sebab masa wedding nie aku tengah berperang dengan final exam. Sob3! Sedih sangat tak dapat pegi. huhu. takpelahh dah tertulis semua tu Fara hoii. hehehe. 

p/s : mase side Abg Opie aku pegi la. hihi. 

Lama giler tak update. hehehe

Assalamualaikum :)

Dah lame tak update blog. hihi. Banyak sangat barriers to entry this blog. kikiki. Huh, this sem memang penat giler. Rase nak tercabut-cabut kaki pegi kelas. Dah la bilik pun hujung dunia. Nak pergi kelas lak fuhhh  bukan main jauh lagi. Mula-mula memang penat la then dah lame-lame tuh dah biasa dah. Adat lah kot student pegi kelas jalan kakikan? hehe. tak payah nak komplen sangatlah kan ;p

So sekarang dah ada kat RUMAH!!!!! hehehe. CUTI ! EXCITED pulakkan!!! mane taknye dah lama tak balik rumah. *eh, yeke?? Bukan 2 weeks before final exam ko balik ke Fara? hihihi.. Masa kat sana selalu cakap balik rumah nanti nak pegi shopping, tengok wayang, makan-makan, lepak-lepak and yang paling penting BACA NOVEL! haha. Duit PTPTN aku memang tok tu semuakan. hahaha.

Okay lahh. tunggu next entry pulak. Nak makan :) Assalamualaikum :)))