Friday, May 27, 2011

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Dah lama tak update. Bukan sebab busy tapi blog aku nie haa tak boleh buka. Bengong betul. Nape entah tetibe buat hal. Buat sakit hati aku je. Nasib dah boleh buka. Haih =.='

Okay berbalik pada perbincangan kita tadi. *Cewahh, dah macam dalam meeting pulak. Hahaha. Haa, sebenarnya 25 May 2011 yang lepas, result final exam bagi students UiTM yang ambil diploma dah pun keluar. Berdebar tak payah nak cakap lah kan. Ambil result SPM pun aku tak camni. Nie semua gara-gara sistem UiTM keluarkan result through email.

Cuba bayangkan buka email je ada tertera email daripada UiTM. Fuhhh, jantung terkeluar sekejap! Hahaha. Dah la nak click email pun takut, bila dah click punya lah lama dia loading. Cisss, kurang ajar betul! Boleh pulak dia main-main ngan aku yang tengah takut tahap dewa nie.

Tunggu punya tunggu aku pun ternampak lah lambang UiTM dekat result. Fuhh, tutup mata beb sambil click ke bawah! Dah laju je aku tekan bawah. Hahaha. Berserah je masa tu. Nak buat camne masa sebelum exam taknak study betul-betul. Main-main lagi. Haa, bila nak tengok result nak terkencing-kencing. Hahaha.

Paling aku takut sekali subject Microeconomic lah. Killer subject tu! Kalau aku failed mahu kena repeat benda yang dah totally susah. Huaaa, tak sanggup den! Syukur alhamdulillah semua lulus dengan pointer 3.++. Hahaha. Mana boleh bagitau. Hehe. Cuma rasa sedih tak dapat dekan je. Huhu. Takpelah cuba next sem. InsyaAllah.

Tau tak subject yang aku takut sangat tu aku dapat ape? Haha. Yang nie aku memang tak percaya langsung! Aku ingat maybe dapat C takpun dapat B je. Yela mana tak nya aku punya carry mark 21/40 je. Tahap bahaya tu! Nak pulun masa final memang tak yakin lah masa tu. Bukan senang Microeconomic tu beb! Semua orang stress gara-gara subject nie. Alhamdulillah aku dapat A- subject nie. Eventhough A- tapi A jugakkan? Hahaha. Tiba-tiba aku suka subject nie. Tu pun bila result dah keluar lah. Kalau tak before nie sumpah seranah aku dekat subject nie. Punya lah tak suka. Hahaha.

Haa, ada satu aku tak puas hati dengan result aku nie. Aku ambil co-curriculum badminton untuk sem dua. Aku bajet senang lah nak dapat A. Last-last boleh pulak lecturer tu bagi B+ je? Nak kata selalu ponteng or tak ambil test takde lah pulak. Mana penah aku ponteng. Sekali penah lah kot? Hehe. Penat je aku lari bape kali round stadium tu. Kalau tahu tak datang pun takpe! Woii, Fara ko tak reti nak bersyukur ke? At least ko tak failed. Kalau lecturer tu bagi kau failed macam mana?! Bukan tak bersyukur cuma meluahkan hati yang tak puas nie. Jangan marah haa.. Hehehe.

p/s: Even tak dapat dekan pun ayah belanja makan and bagi duit. Cuba kalau dapat dekan? Mesti dapat Blackberry! Sekarang ko pakai je Blueberry Fara!! Hahaha.

No comments:

Post a Comment