Assalamualaikum...
Hari nie tiba-tiba teringat zaman PLKN. Sayu sangat hati nie tiba-tiba. *sebak. Aku rindu sangat-sangat nak pergi kelas CB, kawad, row call, makan sama-sama and macam-macam lagi aktiviti yang kitorang buat together. Dalam PLKN nie lah aku belajar apa itu erti PERSAHABATAN dan KERJASAMA. Susah senang kami lakukan bersama tanpa mengira agama.
Tapi boleh ke masa tu berpatah balik? Ajaiblah kalau bolehkan.. Haihh, nape sekejap sangat masa berlalu? Huhuhu... Aku rindu sangat-sangat kat kawan-kawan especially Lina, Sazura, Chiuyi, Dean, Zul, Imam, and ramai lagi. Aku rindu keletah dorang yang giler-giler, sporting, funny tu.
Kalaulah diberi pilihan antara duduk PLKN dan Universiti, aku lebih rela pilih PLKN. Sebab??? KAWAN! Kawan yang membuatkan hidup aku sempurna and lengkap. Buat aku bersemangat untuk menjalani kehidupan harian. Tapi nape aku tak dapat kawan macam kat PLKN di Universiti? Nape? Nape? Nape? Perlu ke korang pentingkan diri dalam persahabatan? Perlu? Haihhh....
Apelah makna persahabatan kalau nak senang bersama tapi bila susah tak nak bersama sekali? Bila ketawa ramai yang datang, bila bersedih mana korang pergi?? Sedihnya aku dapat kawan camni. This is my first time in my life. First time okay! Huhuhu..
p/s: Aku harap aku boleh bersabar dengan dugaan ini. Jadikanlah aku seorang yang penyabar ya Allah. Kurniakan lah aku sahabat yang susah senang bersama. Amin...
No comments:
Post a Comment