Monday, May 9, 2011

Kejap pakai kejap tak... haihh!

Assalamualaikum.

Apa yang aku maksudkan dengan title kat atas tu? Hurmm, maksud aku pasal tudung. Aku tak paham lah sesetengah perempuan nie sometime bertudung sometime tak. Aku nie pun bukannya alim mana sampai nak tegur orang. Tapi aku ada hak nak luahkan rasa tak puas hati aku nie kat blog aku. Lantaklah orang nak kata apa. Daripada aku simpan je baik aku luahkan. Buat apa nak simpan-simpan..

Aku pelik lahh ada manusia yang dilahirkan sebagai wanita di muka bumi Allah nie sometime pakai tudung kat tempat tertentu je. Contoh paling ketara sekali pergi kelas or kerja and pergi DM (dewan makan). Sorry ahh kalau ada yang terasa...

Aurat seseorang tu ada kat certain tempat je ke? Nie yang aku selalu tengok masa kat kompleks (hostel). Pegi DM or koperasi mesti tak pakai. Konon-konon bajet takde lelaki and dalam kompleks je pon. Ape korang ingat kat DM or koperasi tu takde laki yang keje ke? Ingat cantik sangat r****** korang tu sampaikan nak pegi DM pon beriya nak sanggul toncang bagai??

Nie yang aku selalu cakap "mereka-mereka" nie dua alam.. Kat luar pakai tapi kat dalam tak. Pelik-pelik!
Aku nak tegur orang pon aku nie belum cukup bagos sampai nak tegur-tegur orang. Tapi cubalahh fikir sikit. Awak tu dah pakai tudung buat-buat lah cara orang yang bertudung. Bukan pilih tempat untuk bertudung. Yang tak pakai tudung tu satu hal lah. Tak payah lah nak tiru gaya orang.

Ya Allah, lindungilah aku daripada perkara-perkara sebegini. Kuatkanlah iman aku ya Allah. Jauhi aku dan keluargaku daripada maksiat yang ada di dunia ini. Kau tempatkanlah kami dikalangan orang yang beriman kelak ya Allah. Aminnn...

p/s: Aku mintak maaf if ada yang terasa. Aku cuma luahkan apa yang aku rasa and pendapat aku tentang benda nie. If aku pon ada buat salah tegur-tegurlah yea. Sama-sama ingatkan diri kita supaya tak mudah terleka dalam dunia yang sementara nie. Assalamualaikum...

Reunion :)

Assalamualaikum..

Seperti yang aku janji ngan classmates kat sekolah dulu, kitorang putuskan tok berjumpa pada hari isnin bersamaan 11 May 2011 tepat pukul 10 pagi di sekolah..ceitt! skema giler ayat aku nie. hehehe...

Biasalah kan janji pukul 10 tapi sampai pukul 10.30 pagi. Nie lah dikatakan janji Melayu. huhu.. Hurmm, pukul 9.30 tu aku gerak pergi amik Nida kat sekolah lame dia. tunggu punye tunggu si Nida nie tak muncul-muncul. Rupe-rupenya yang nak hantar dia kat sekolah tu tengah bergolek lagi atas katil. Fuhh, sabor jelahh..

Masa sampai sekolah Addy, Munshy, Azfar and Piee dah bertenggek atas motor. Mesti dorang bengang yang lain tak sampai lagi. Hehehe.. Lama jugak lah kitorang tunggu yang lain sampai. Lepas semua dah sampai kitorang gerak pergi office amik sijil SPM. Dah setahun berlalu baru la nak amikkan. Yelahh, baru ingat sekolahkan. Hahaha..

Then, mase on the way nak pegi kereta, aku and Nida terserempak ngan Puan Wu a.k.a Cikgu English form 5. Tak sangka pulak dia still ingat budak nakal macam kitorang nie. Siap ingat tahun lagi masa dia ajar kitorang. Hehehe.. Thank you teacher! Jasamu dikenang sampai bila-bila. Huhu..

Okay kitorang dah janji pas amik sijil kitorang nak lepak sama-sama kat Jusco. Nak makan-makan and borak-borak je pon. Last-last Rashid ajak pergi tangok wayang cite Fast and Furious 5. Aku ape lagi onn ajeerr. Hehehe... Sebelum movie kitorang makan dulu kat McD sementara tunggu movie start. Aku dah rasa macam bangla shopping je ramai-ramai pegi Jusco. Mana taknya sampai 11 orang pegi jalan dalam Jusco tu. Dah la dorang buat Jusco tu macam bapak dorang punya. Masing-masing muka tak tahu malu. Hahah. Ohh, lupe nak bagitau. Actually, masa sekolah dulu kelas aku nie ada dua orang je perempuan. Al-maklumlah amik course Mechanical Engineering masa kat teknik dulu. Hehehe.. Tapi sekarang bila semua dah futher study,  masing-masing lari dari course masa sekolah dulu. Ada berapa orang je still teruskan. Huhuhu..

Apa-apa pun aku rase enjoy sangat keluar ngan diorang semua. Even dah lama tak jumpa tapi rasa macam selalu jumpa je. Hehehe.. Tapi kitorang if jumpa mesti nak gadoh. Gadoh-gadoh manja jerr. *manja ke? Hahaha..

Haa, korang tengoklah gambar-gambar nie. Sila-sila jangan malu-malu. Hehe :p

Tengah discuss pasal movie. Hehehe

Panjang giler tiket. Hahah

Apehal ngan aku tu? Hahah

Love them :)

Nie Munshy. :)
Sekarang dia study same tempat ngan aku. 
Tapi lain course lahh.. 
Dia amik course Office Management.

Azfar.. :)
Amik course Perhotelan kat UiTM Terengganu.

Nie Abg Long a.k.a Nazri.
Even dia paling tua tapi dia yang paling pendek. Haha. Sorry Abg Long ;p
Study kat Kolej Komuniti. Amik Electrical.
Dari Mechanical pergi ke Elektrical?
Huhh, tak paham aku. Haha

Rashid a.k.a Abe.
Mamat paling jambu dalam kelas. Haha 
Course Bisnes kat Politeknik.

Hanis Nadzirul :)
Baru je abis Matrix in Accounting.
Untunglah abis awal. Huhu..

Sebelah Munshy nie Raja.
Dia amik Account if tak silap.
Kat mana tu aku tak ingat. Hahaha

Yang pegang air tu Hapis.
Sekarang kat Politeknik in Mechanical Engineering.
Sorrylah Hapis gambar kau banyak tak clear lah. Hehehe..

Haa, nie lahh cameraman kitorang. Addy!
Sama tempat ngan aku jugak tapi lain course.
Budak Office Management :p

Yang pakai topi nie Shafiee.
Aku rase dia sekarang kat Politeknik.
Aku tak rapat sangat ngan dia sebab dia nie takut ngan perempuan.
Macam lah aku nak makan dia. Haha..

Sebelah aku tu Nida.
Dialah satu-satunya kawan rapat aku kat sekolah dulu.
Sekarang Nida kat Politeknik amik Mechanical Engineering.
Woohhh, cayalah Nida. Semoga berjaya dalam hidup!!

Korang layan dulu gamar-gambar nie ehh... Penatlah kenalkan satu-satu pasal dorang. Hehehe...











p/s : Ada lagi gambar tapi malas nak letak semua.. Hihihi.. Hopefullyn kita jumpa lagi wahai kawan-kawanku :)) Assalamualaikum...

Sunday, May 8, 2011

Flu :(

Assalamualikum..

FLU please go awayy!!!!!!!!!!! huhuhu. pening giler kepala sebab flu nie. Cepatlah baik ehh? Esok nak keluar ngan ex-classmates sekolah dulu. Nanti tak syoklah nak borak-borak dengan suara sengau camni. heheehe.

p/s: bye! esok nak bangun awal sebab nak hantar mak pegi keje then nak keluar dengan kawan-kawan. Assalamualaikum.... :)

Tahniah Farlina! :)

Assalamualaikum...

Hye. Mesti korang nak tau siapakah gerangan Farlina tu kan? Lawyer? Doctor? Majistret? hehehe. Panjang pulak aku merepek. Bagitau je lah Fara oii. Farlina nie cousin aku. Actually, dia penganggur terhormat lepasan SPM. hehehe. Korang tahukan result UPU dah kuar? So Na ( name timangan yang aku panggil. hehehe ) nie dapat tiga offer yaww! Wow! Tumpang gembira kejap. hehehe. First-first dia dapat offer dari Matrix. So dia cakap nak pergi Matrix la. Matrixkan bagos. Tak lame pastu dia dapat lak UiTM and UTP. UiTM tu dia dapat kat Arau, Perlis Diploma in Science. Same ngan course kat Matrix. Kat UTP pulak dia dapat Civil Engineering.

Sekarang dia tengah pening kepala nak pilih yang mana. Hurmm, UTP memang ternag-terang dia tolak sebab mahal sangatkan.. So tinggal dua pilihan je sekarang nie. Yang aku pulak hasut dia amik UiTM tu. hehe. Mana taknye aku nak cousins aku futher their study kat UiTM. Ikut jejak langkah akulah kononnye. hehehe. *poyo kan? haha.

Kalau kitalah kan Na, kita pilih UiTM sebab kamu dapat keluar dari Perak. Bukan maksudkan ape-ape tapi kalau kita tengah belajar nie lebih baik kita belajar berjauhan dengan family. So kita dapat belajar berdikari. *yeke Fara??? hahaha. Betolll laaa ape yang aku cakap tu. Sape setuju angkat tangan! hehehe..

Okaylah Na.. Kita harap kamu fikir betol-betol sebelum buat keputusan. It's about your future darl :)

yang berbaju kuning + kelabu tu lah orangnye.
berminat?
ohh, she's taken already.. hihihi

p/s: jgn pelik nape aku bahasakan diri ngan cousin aku "kamu kite". kitorang semua memang panggil camtu. hehehe.