Monday, October 3, 2011

Kata hati




Bila hati dah suka, dah tak boleh nak buat apa..
Kalau boleh aku nak elakkan bercintan-cintun masa belajar nie..
Kenapa? Entahlah, aku takut kalau bercinta nie boleh rosakkan study aku..
So benda yang boleh dielakkan harus dielakkan sebelum menyesal..
Ingat ye tu Fara. Nie pesanan untuk diri sendiri..
Siapa-siapa yang terasa tu meh join aku. hehehe..

Lumrah seorang wanita akan suka seorang lelaki..
Tak terkecuali aku..
So tidak manis kalau aku cakap siapa orang tu..
Sebab aku tak tahu suka betul-betul ke tipu-tipu...
Hahahah. Ehhh, boleh ke camtu?? Arghh, lantaklahhh...
Dengan ini aku nak pesan kat diri aku supaya....

LUPAKAN SI DIA!!!

Okay dah cukup. Selamat keluar dari hati saya nie awak!! Hahaha. Kejam gilerrsss ayat aku.. Tunggu aku dapat segulung ijazah dulu baru nak fikir hal-hal hati nie. Hihihi...

p/s: kalau tak nak couple ngan kawan baik sendiri. Ia akan merosakkan suatu ikat persahabatan. Itu bagi aku lahh. Anda pula bagaimana? :)

Cuti yang tak macam cuti

Assalamualaikum...

Siapa-siapa yang students UiTM memang sedia maklum cuti sem kita sudah dipendekkan dari 3 bulan ke sebulan. Nie memang tak best okay cuti tersangat lahh sekejap! Otak pun tak habis rehat lagi, dah kena masuk sem baru. Erghhhh!!! Aku sempat rasa sekali je cuti 3 bulan tu. Memang nikmat habis doh! (Macam rempit jek ayat aku nie) hehehe.. Start part 2 cuti sudah bertukar seperti yang aku cakap tadi.

Seperti biasa students yang ambil kos Business Studies akan menjadi students yang paling lambat sekali habis final exam. Masa tu korang boleh nampak muka-muka stress budak bisnes tengok course lain tarik beg, bawak baldi, buku dan sewaktu dengannya masuk kereta dan BALIK RUMAH! Aku tak paham kenapa UiTM seksa budak bisnes masa akhir sem. Dahlah every sem pulak tu balik lambat. Cuba bagi kitorang rasa at least sekali balik awal. Mungkin kitorang lebih berjaya? Haa, itu semua alasan! Hahaha..

Okay untuk sem nie iaitu part 3, kali nie betul-betul kitorang penutup tirai final exam. Memang diorang suruh kitorang labuhkan tirai exam tu -.- . Nasib baik gap second last paper ngan last paper tu 12 hari. So dapat lah kitorang cuti dulu sebelum last paper tu. Tapi lagi nikmat kalau habis cepatkan? Tak payah nak pegang-pegang buku lagi kat rumah. Bagi gap lama pun aku baru sentuh sikit je subject Business Communication. Hehehe.Kalau suject tu awal mesti aku dah khatam baca.

Sooo, siapa yang dah habis final exam tu selamat bercuti sem!! *JELES*
Btw, doakan aku lulus dengan cemerlang final exam kali nie. Jauhkan aku dari kegagalan ya Allah. Susah senang tu adatlah bagi kita yang tengah belajar nie kan? Ada yang boleh jawab, ada yang tak boleh. Tu semua lumrah seorang pelajar :)

Thursday, September 29, 2011

Syawal 2011

Assalamualaikum... Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA!!! Hahaha. Dah 30 Syawal baru nak wish raya. Hehee.. Biarlahh ade aku kesah? Buuweekkkk!! :p

Okay seperti biasa setiap tahun memang raya kat Perak. Mana ade kampung lain dah. Dua sua kat Perak. Even dua dua arwah opah dah takde tapi kitorang still balik kampung. Kalau tak macam mana nak berkumpul ramai-ramai ye tak?

Main bunga api adalah perkara wajib yang kami buat. Kalau tak confirm tak feel nak raya, betul tak?? Hehehe... Lemang, rendang, daging hitam ( errr, taktau nama dia. tau makan je. hahaha ) and kuih muih adalah hidangan wajib. W. A. J. I. B!!  Hurmm, tu jelahh malas nak type panjang panjang. So korangg punye raya camne? Mesti fun kan??

Naaaahhhhh!! Tengok gambar raya niee.... Zaaaaasssss!!!


My Family :)






ME!
Farhan

Ilya

Cuba teka nie sape? hehehe

Assalamualaikum.. Dah lama tak update blog nieee.. Nak share baaanyaaakkk benda kat sini. Tapi nanti laa okay? Satu-satu dulu.. Haaaa, sekarang cuba teka baby girl nie sape? Sape betul dia pandai!! Hahaha!!


comelkaannn? hihihi...